Friday, December 24, 2010

Kedai Makan Kotor !


Komen:

Apa ini, hanya dikompaun RM510? Sungguh tak berbaloi... Sepatutnya didenda lebih banyak lagi. Kalau di UK atau Australia, sudah tentu restoran tersebut disuruh tutup sehingga segala 'kriteria' kebersihan dipenuhi, selain didenda antara $5000-15,000.
(24th december 2010)

Restoran jijik dikompaun

GEORGETOWN: Akibat meletakkan makanan siap digoreng di atas kertas akhbar selain melakukan enam kesalahan berkaitan kebersihan, sebuah restoran nasi kandar di Air Hitam, di sini, dikompaun RM510, semalam.

Lebih menjijikkan, makanan siap dimasak dibiarkan atas lantai manakala sisa makanan dibuang dalam longkang utama menyebabkan pencemaran air. Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan sepasukan anggota pelbagai agensi pihak berkuasa tempatan (PBT).

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan pelanggan restoran dan dalam operasi itu, enam pekerja terbabit didapati tidak mendapat suntikan tifoid termasuk tidak menggunakan apron, topi atau sarung tangan ketika bekerja.

.