Sunday, June 19, 2011

Danger of Escalator ('Bahaya Eskalator') !!

Comment:

Escalator is a dangerous place, do not let children play near or on it, children hands and feets are small, and can easily get caught, also its advisable to hold their hands (or better still carry them) while on an escalator.

Also plastic or PVC shoes and slippers are easily caught at the edge of the escalator (adult or children) and long clothing, such as, pants, long dress, head scarf, are among the few prone to get caught by the iron escalator teeth. Beware!!!

Note: Also shopping centre Maintenance Unit (and Management Department) should always maintain, and put up appropriate signage on the danger of the escalator !! In some developed countries, it is already gazetted as legally obligatory to put up precaution signage, and reminder to parents.

------------------------------------------------------------------------------------------

Bawa jari anak ke hospital
Oleh MOHAD HARZRUL AMINUDDIN
harzrul@hemtro.com.my



MUAR: “Saya terus mengambil dua jari anak yang putus sebelum membawanya ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” kata Ahmad Imran, 37, di Ledang dekat sini, semalam. Ahmad ditemui di pekarangan HPSF ketika menghantar anak lelakinya berusia dua tahun, Mohd Faizal, untuk menerima rawatan kecemasan selepas dua jari kanak-kanak itu putus kerana tersepit pada eskalator sebuah pasar raya di bandar berkenaan, jam 6 petang kelmarin.

“Bagaimanapun, luluh hati saya kerana proses penyambungan dua jari yang putus itu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Selangor, menemui kegagalan,” katanya.
Mengimbau kejadian, Ahmad berkata, Faizal dibawa sepupunya ke pasar raya untuk membeli makanan ringan.

Menurut Ahmad, ketika menggunakan eskalator itu, ia terhenti secara tiba-tiba, mengakibatkan Faizal terjatuh bersama sepupunya. “Cubaan mengangkat Faizal gagal kerana dua jari, masing-masing satu di tangan kanan serta kiri, tersepit, namun terpaksa direntap, menyebabkannya putus. “Saya mendapat panggilan telefon memaklumkan kejadian itu sebelum bergegas ke pasar raya yang terletak satu kilometer dari rumah di Jalan Haji Yunus,” katanya.

Bagaimanapun, sebaik tiba lima minit kemudian, Ahmad hanya mampu melihat anak lelakinya meraung kesakitan. Menurut Ahmad, eskalator terbabit kerap rosak dan sering berhenti secara tiba-tiba sejak beberapa minggu lalu.

Selain putus dua jari, mangsa luka di kedua-dua belah tangan, menyebabkan dia menerima beberapa jahitan. Ahmad kemudian membuat laporan polis berkaitan kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Note: What can the police do in this situation? Well not much but to said 'Oh, its an accident, please be careful next time around.' But still, an official police report is important, to follow through, and maybe filed an official 'law sue' of negligence on the part of the Store Manager, Management Team, and Director - for not putting up sufficient precaution signage, and maintain the escalator well.