Wednesday, March 30, 2011

Spiderman yang Sebenar: Alain Robert !


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm
(30 March 2011)

‘Spiderman’ takluk Burj Khalifa di Dubai

Alain Robert memanjat Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, kelmarin. – AP DUBAI 29 Mac 2011 – Pemanjat bangunan Perancis yang digelar ‘Spiderman’ berjaya menawan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai semalam, selepas bergelut dengan angin kencang yang memaksa pendakiannya tertangguh beberapa jam. Alain Robert (gambar), 48, mengambil masa kira-kira enam jam untuk menawan bangunan setinggi 828 meter itu yang mempunyai 160 tingkat dengan menggunakan tali dan perkakas yang ditetapkan oleh penganjur. Namun Robert menyifatkan langkah berjaga-jaga yang diambil oleh penganjur dan orang ramai yang berhimpun untuk melihatnya membuatkannya bertambah gementar.


“Sebenarnya saya berhadapan dengan tekanan yang tinggi kerana mereka telah memasang beberapa peralatan keselamatan untuk saya. “Terdapat juga skrin besar yang mempunyai ketinggian 50 meter dan panjang 30 meter bagi membolehkan orang ramai menyaksikan pendakian itu dan ini sebenarnya memberi tekanan besar kepada saya,” katanya. Robert telah ditahan banyak kali di beberapa negara kerana pihak berkuasa biasanya tidak memberi kebenaran untuk beliau membuat pendakian yang berbahaya itu. Dia mula memanjat bangunan sejak berusia 12 tahun ketika kunci apartmennya tertinggal di dalam rumah dan memutuskan untuk memanjat apartmen setinggi lapan tingkat itu untuk memasukinya melalui tingkap yang terbuka. Robert dilaporkan telah memanjat lebih 80 bangunan di seluruh dunia termasuk Sears Tower di Chicago dan Taipei 101 di Taiwan. – REUTERS



Comment:

I tell you, its no joke climbing like that, even professional climbers have to re-think IF they want to do that. Doing high climbing incurs high risks, and even death, anything can go wrong:

1- A sudden gust of strong wind can blow you down the building.

2- A sudden gust of cold wind (or continuously gust of cold winds) can make your body numb, your legs numb, and worst still, your fingers numb! Then you cannot have a firm grip, and thats call 'accidental fall' in the police report.

3- Even some moist or water droplets left over from the early morning dew, can make you lose grip and fall down.

4- Your shoes can simply step on some droplets of water, and you not realizing it, slip and fall down.

WOW... so many many danger on such high ground (building)... SO Don't do this at home, kids or adults! (or rather 'Dont do this in public!)... least you are the 'real spider man!'