Sunday, November 28, 2010

Pemakanan yang Baik

Pemakanan/Amalan yang patut diamalkan:

1. Memakan kacang hijau dan kacang merah, yang direbus atau dibuat bubur.

2. Memakan 'jintan hitam' dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses, seperti, nama brand 'habbatussauda.'

3. Amalkan memakan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, petai, daun ubi, pucuk betik, dan raja ulam.

4. Kurangkan memakan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai. Ini kerana mereka mencampurkan minyak masak dalam kuantiti yang banyak, dan dicampur pula dengan ikan masin yang terlalu masin. Akibatnya, boleh menyebabkan penyakit darah tinggi dan gemuk.


Pemakanan/Amalan yang patut dielakkan:

1. Nescafe atau apa-apa kopi 3-in-1, adalah kurang baik untuk kesihatan, terutamanya yang di ambil (diminum) dalam kuantiti 5-6 kali sehari. Tetapi kalau diminum satu kali sehari, mungkin dibolehkan. Ini kerana non-diari krimmer yang terdapat dalam Nescafe 3-in-1 adalah diperbuat dari kelapa sawit (bukannya tenusu daripada lembu, atau kambing). Non-diari krimer ini boleh merosak buah pinggang.

2. Elakkan juga apa-apa jua jenis krimer yang dibuat dari non-dairi krimer (non-diary creamer). Non-diari krimer ini biasanya diperbuat daripada kelapa sawit.

3. Elakkan memakan aiskrim yang mengandungi non-diari krimer yang tinggi. Non-diari krimer adalah tidak baik untuk buah pinggang. Manakala krimer tenusu pula, apabila diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan gemuk.

4. Elakkan ambil terlalu banyak susu pekat manis. Ini kerana ianya mengandungi kandungan gula yang tinggi.

5. Elakkan memakan jeruk, ini kerana ianya mengandungi bahan pengawet yang tinggi, dan boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang.

6. Elakkan memakan burger, naget, cip kentang (potato chip). Ini kerana ianya mengandungi kandungan garam dan bahan perisa yang tinggi.

7. Elakkan mandi selepas makan. Ini kerana makanan belum habis diproses dalam perut, terutamanya makanan yang berlemak, seperti sup daging dan ayam, kari kambing, dsb. Akibatnya, lemak daripada makanan tadi mungkin menjadi beku dan terus melekat pada dinding perut, dan saluran darah.

(Source: healthscience-sir-ibrahim123.blogspot.com; dan Wikipedia, 2010)

.